Powered by Blogger.
RSS

YA ALLAH,kau selamatkan negara Mesir............



Aktivis Mesir, Mohamed ElBaradei menyifatkan pelantikan Naib Presiden dan Perdana Menteri baru yang dibuat Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu pemimpin itu menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Kenyataan pemimpin pembangkang Mesir itu dibuat selepas Mubarak, 82, menamakan bekas ketua risikan tentera, Omar Suleiman sebagai Naib Presiden buat kali pertama dan bekas Menteri Penerbangan Awam, Ahmed Shafiq sebagai Perdana Menteri semalam.

"Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.

"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.

Bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu turut menyeru pembentukan sebuah kerajaan peralihan baru supaya satu pilihan raya adil dapat dilaksanakan.

ElBaradei berkata, beliau juga mungkin bertanding pada pilihan raya Presiden sekiranya perubahan Perlembagaan dilakukan.

"Saya hormatkan Suleiman dan Shafiq tetapi menggantikan individu tertentu tidak cukup.

"Saya mahu Mubarak dan rejimnya meninggalkan Mesir secepat mungkin. Itu yang terbaik bagi Mesir dan mereka," katanya.

Reformis Mesir itu menegaskan tindakan kerajaan yang cuba menidakkan kemahuan orang awam hanya akan memburukkan lagi keselamatan negara dan Mubarak perlu dipertanggungjawabkan di atas keadaan itu.

"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang," katanya. - REUTERS


RAKYAT Mesir membaling bom api ke arah polis anti-rusuhan selepas pasukan keselamatan menembak ke arah penunjuk perasaan dekat Dataran Tahrir di Kaherah, kelmarin. - AP


~credit to : utusan online.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Ayuni said...

hm, camne lh student kt saner....

ainon hasan said...

tau xpe..
kak yuni...
line fon serta internet..
xdpt....
yg tau..diaorg xdpt call-out..

ainon hasan said...

ur welcome adam....
y not ryte.....
good thngs we share wif others.....

✿✿..terbuai-buai indah...✿✿